Halaman

rempeyek ajaib... satu kelainan citarasa

rempeyek ajaib... satu kelainan citarasa
makanlah... yang suci bersih halal mendapat BERKAT

26 Jun 2010

SKIM LUARBIASA…HIDUP LUARBIASA












DEMI ALLAH yang jiwaku didalam 
genggamannya....segala harta kekayaan dan
 segala pangkat kemegahan dan segala macam
 kesukaan dan kegembiraan akan hancur 
bersama jasad.Ini adalah suatu ketetapan
 Allah yang tidak dapat disanggah oleh JIN
 DAN MANUSIA.


  • 'AMALKAN HUTANG SIFAR'

  • 'ILMU MANFAAT'

  • 'BERKASIH SAYANG KERANA
  •  ALLAH'

  • 'KAYA JIWA TANGAN PEMURAH'

  • 'HIDUP BERKAT DAN MENDAPAT 
  • RAHMAT'

  • 'ANAKKU ANAK YANG SOLEH'

    Relak seketika….













    BARU BEBERAPA SAAT YANG LALU SAYA ….
    ….. dilahirkan kedunia. Untuk beberapa saat seterusnya saya akan berkelana di satu sudut kecil dibumi yang kerdil ini dibawah pemantauan Allah Tuhan saya dan Tuhan anda. Pengembaraan dan perjalanan saya dibumi ini agaknya sudah hampir sekali dengan penghujungnya. Beberapa saat lagi saya akan pergi dari sini dengan kehendak Allah Tuhanku dan Tuhan anda… kedalam 'alam seterusnya di'alam disebalik tabir ilmu manusia, yang bernama 'alam qubur.


    Saya diberitahu oleh utusan Allah bahawa waktu saya dibumi ini seumpama atau seolah2nya dirasakan hanya satu atau separuh hari jika hendak dibandingkan dengan waktu yang akan saya hadapi di'alam selepas ini. Ianya bukanlah satu ribu tahun atau satu juta tahun atau juga satu ribu juta tahun, tetapi ianya tidak akan berakhir lagi sepertimana angan2 semua manusia yang pernah mengecap kebahgiaan sementara diatas bumi ini, untuk terus kekal selama2nya hingga terlalai dan terlupa ianya hanya sementara jua….


    Sebelum ini saya pernah beberapa saat mengecap hidup di'alam rahim ibu dari setitis air hingga membesar lebih kurang sebesar betis manusia normal. Membesar melalui saluran makanan yang tersedia didalam uri/placenta yang tumbuh bersama saya dirahim ibu itu.


    Sebelum berada di'alam rahim ibu ini, saya diberitahu yang saya itu adalah roh semata-mata tanpa jasad, yang hidup di'alam roh didalam pentadbiran Allah Tuhan saya dan Tuhan anda. Apabila sahaja tersedia jasad saya didalam rahim ibu melalui satu proses yang unik dan perjuangan yang hebat, maka 'roh' saya tadi ditiupkan Allah kedalam jasad ini supaya saya bersedia untuk nanti keluar dari rahim dan hidup di'alam dunia diatas bumi yang kecil lagi sementara ini.

    Nampaknya ini adalah perpindahan saya yang kedua iaitu kedalam 'alam dunia untuk bersandiwara buat beberapa ketika. Selepas ini tentulah saya akan berpindah lagi dan ianya ke'alam qubur  yang mana disini waktu saya didalamnya ditentukan oleh buruk atau baiknya amalan saya didunia. Jika baik maka terasa sebentar jua jika sebaliknya buruk amalan yang dibawa maka terasa lama tersangatlah lama dan terseksa menunggu disana.  



    Selepas tempoh menunggu di 'alam qubur selesai,  saya dibawa pula ke'alam mahsyar [ iaitu ke padang mahsyar – sebuah padang yang amat luas menghimpunkan semua orang dari kejadian manusia pertama iaitu Adam hingga lah kehari qiamat dimana bumi berakhir dengan kehancuran yang begitu dahsyat] . Manusia berhimpun disini dalam keadaan tidak berpakaian, untuk dihisab atau dihitung segala apa perbuatan dan amalan nya semasa diatas bumi. Cuaca yang teramat panas dimahsyar ini hanyalah dapat didinginkan oleh amalan baik ketika dibumi tadi......


    Dan akhirnya setelah ditimbang segala amalan saya diatas bumi tadi dan di'adili oleh Allah dengan halusi dan saksama, saya akan menerima kitab catatan dan seterusnya berjalan melalui satu jambatan rerambut yang halus yang terbentang diatas api nuraka untuk memasuki syurga yang menjadi tempat terakhir saya buat masa yang tidak akan berakhir lagi…….. 

    Itulah angan2 dan cita2 hidup saya agar dapat hidup bahagia didalam syurga dan setiap hari dapat pula melihat WAJAH TUHAN SAYA…. ALLAH SUBHANAHUATAALA…. saya berdoa dan berharap agar Allah mengizinkan semua anak isteri, ibubapa dan keluarga saya juga bersama2 saya didalam syurga.  Saya bermohon supaya pejalanan saya melintasi jambatan 'siratul-mutaqiem' yang halus diatas api nuraka yang amat besar dan luas lagi teramat panas itu akan berakhir dengan selamatnya.....Amien Yarabbal 'Alamien.

    Changgih….



    KEHEBATAN... KECEMERLANGAN...
    KEMEWAHAN... KEKUATAN DAN KETAHANAN YANG SEBENAR ....ADA DISEBALIK QUBUR... KECUALI ORANG  TERTIPU, YANG HENDAK MENUNGKAT LANGIT.....





    TEKNOLOJI KITA YANG MEMUKAU DAN TEGURAN ALLH MAHAKAYA MAHAPERKASA.....

    Kamu sibuk mencari siapa yang menegurmu tapi kamu tidak mencari..... bila Allh yang menegur.
    Tegurlah dirimu sebelum kamu ditegur adakah kamu ini mulia atau hina disisiNya atau adakah dengan secebis kebebasan dan keniaamatan dinegeri yang fana/smentara ini kamu hendak menungkat langit.......
    Sering terlihat, kamulh manusia paling berjasa penuh baktimulia dikalangan kita. Tetapi bnykjuga binatang yang lebih mulia sifatnya kerana setia dan khidmatnya. Namun bila hati kita tidak menjadi kaabah[rumah] Allah maka kita lebih hina dari mereka....lahirnya kita berjasa batinnya kamu berbangga['ujub] yang sebenarnya …..telah mem PORAKPERANDAKAN DUNIA ini sendiri sebelum kamu DIHUMBAN KENERAKA akhirat nanti......
    Iblis….. dilaknat Allah kerana 'ujub/banggadiri konon terlebih mulia kejadiannya dari manusia. Sedangkan yang mulia hanya yang bertaqwa - tawadzuk/ber'rendah' 'DIRI' pada jalan dan lorong2 mentaati perintah Allh dan menjauhkan laranganNya....INI BUKAN POLITK ALLAH tetapi UTK KAMU MENAJAMKAN PEMERHATIAN supaya kamu yaqini bahawa KAMU DARI ADAM DAN ADAM DARI TANAH, TIDAK ADA BANGSA MANUSIA YANG MULIA KECUALI YANG BERTAQWA...!
    Muliakah kita yang berasal dari TANAH sedangkan bapa segala JIN berasal dari pucuk api telah dilaknat Allh ? Jauhilah perasaan dan andaian syok sendiri bila ubun2 kita bukan dibawah genggaman kita walaupun satu dunia bersekali TEKNOLOJInya ini milik kita........
    Apakah hebatnya 'teknoloji'kita ini bila nyawa tidak boleh dilihat dan tidak boleh ditahan atau dijangka waktunya dan dimana ia akan dicabut dari jasadnya.....
    Apakah teknoloji itu muktamad bila tidak semua perkara kita boleh tahu....tidak semua! bahkan terlalu banyak yang masih misteri bagi kita...... manusia sendiri tidak dapat menunjuk dengan jarinya dimanakah dirinya yang sebenar..... dan tak mampu sekali2 merobah sistem kumuhan pada diri sendiri yang dari dahulu sentiasa 'selesa' diganggu kencing dan berak samaada cair atau berketul2.. 


    RUGILAH MEREKA YANG TERPUKAU KEPADA SELAIN ALLH sehingga terlupa betapa kerdil dan lemahnya teknoloji 'kita'.......yang tak pernah hendak mendongak kelangit atau menunduk kebumi memerhatikan TEKNOLOJI MAHAPERKASA MAHAKAYA, sedangkan langit itu setia memerhati dan bumi ini setia menanti,terjadinya trajidi......yang melenyapkan apa segala diantara langit dan bumi ini !!!!
    Takpayahlah bercita2 hendak menungkat langit, menguasai bumi..... kalau bumi pun tidak kelihatan walau sebesar hama pada alam angkasaraya.... apalagi jasad kerdil kamu jurutera, angkasawan atau pakarjiwa, PROFESSOR...... tetaplah kerdil dan lemah dimata MAHAKAYA MAHAPERKASA. Dapatkah kamu mencipta walau seekor "nyamuk pejuang" untuk menghapuskan nyamuk pembawa penyakit yang sudah beribu tahun kamu buru namun tetap juga hidup bermaharajalela didepan mata?
    INSAF ATAU TIDAK KAMU MESTI DITAMU MAUT.... LENYAPLAH KAMU DARI KEMEGAHAN DAN PUJA PUJI DUNIA.... TAK SIAPA LAGI SUDI MENJENGAH UNTUK BERTANYA KABAR DISANA...... negeri disebalik qubur, dibawah bumi yg kamu pijak dgn sekelumit kebebasan jua!

    BAGAIMANAKAH KAMU MENGEJAR TARAF DUNIA sedangkan dunia ini tidak terlihat diANGKASARAYA walaupun sebesar hama? apakah kamu BERBANGGA DENGAN SAINS DAN TEKNOLOJI jika kamu tidak sedar betapa amat kecil dan halusnya bumi yang dipijak ini diruang langit yang dijunjung itu.... bukankah hakikat "sains dan teknoloji" MANUSIA hanya sekadar kebangggaan bumi YANG halus kerdil PADA keluasan angkasa jutaan cerkawala yang berputar menggelilinginya.....

    Firman Allah: 

    FA-AINA TAZ HABUUUNN... KEMANA KAMU HENDAK LARI.....??

    YA.....BENAR SEKALI
    KAMU TETAPLAH BERADA DIBUMI BUKAN DIPLANET LAIN DIANGKASA TUHAN YANG LUAS
    BUMI ATAU GLOBE TETAPLAH KECIL DAN KERDIL DIMAYA PADA ITU
    HINGGA SEGALA YANG ADA TIDAK NAMPAK DIMATA LANGIT YANG TERAMAT LUASNYA
    KAMU TETAPLAH AKAN KEMBALI KEPADA ALLAH APABILA JASAD MENJADI MAYAT SETELAH TAMAT UMURMU YANG SEKELUMIT
    BUMI TETAPLAH BERANSUR TUA , LEMAH DAN HANCUR........
    KEMEGAHAN DAN KEBANGGAAN KAMU HANYA PERASAAN YANG MENIPU

    KAMU TAK UBAH SEBAGAI KELKATU YANG KELUAR DARI LUBANG TANAH
    UNTUK BERLOMBA2 MEREBUT KEMATIAN PADA CAHAYA LAMPU KALIMANTANG YANG PUTIH BENDERANG.......DIKETIKA BUMI MENJADI PANAS SEWAKTU HAMPIR BERLAKUNYA HUJAN......
    YANG AKAN TURUT MENGHANYUTKAN DAN MEMUSNAHKAN KAMU




    YANG TERSANGAT DAN TERAMAT BEBAS BERTERBANGAN..... 


    LAMPU ITU ....HANYALAH CAHAYA YANG MENIPU
    YANG DISANGKAKAN PETUNJUK KEMEWAHAN DAN KEMEGAHAN
    RUPA2NYA JEERANGKAP MAUT YANG MEMUKAU
    DAN MENGUMPAN KEMUSNAHAN.....





    KECUALILAH KAMU BERTAUBAT SEBELUM TERSUMBAT
    DAN KAMU KEMBALI SEBELUM DISEKAT
    KAMU BERUBAH SEBELUM DIROBAH.......


    22 Jun 2010

    Mencari ma’ana hidup...


    Renungan.... renungan .....renungan
     bermanfaat......


    guru tariqat dipattani [1978]:
    alhamdulillhi 'ala ni'amatil islami wal iiman
    wahuma min ni'amatin ni'am
    wakafa bihima minan ni'mah

    guru tariqat dalam kitab durrun-nafis [dirujuk 1980]:
    maalaa 'ainun ra'at
    walaa uzunun sami'at
    walaa qatoro 'ala qalbin-basyar

    guru tariqat dikedah [1984]:
    ana 'inddazzanni 'abdiebih
    wa ana ma'ahu iza zakaroni
    man tholabani bi haqqin wajadani

    rasulullah bersabda kepada bilal [lebih 1400th lalu]:
    celakalah mereka yang membaca ayat dibawah tetapi tidak mengambil iktibar:
    pada kejadian langit dan bumi
    dan pertukaran malam dan siang
    laaayaatil li ulil albab
    menjadi tanda bagi mereka yang merenungnya

    uais alqarni berkata kepada haram alhaiban aku membacakan ayat utk mu [lebih 1400th lalu]:
    pada kejadian langit dan bumi
    dan pertukaran malam dan siang
    laaayaatil li ulil albab
    menjadi tanda bagi mereka yang merenungnya

    maksud:

    gurutariqat pattani 1978:
    segala puji bagi Allah diatas niaamat Islam dan Iman
    kedua-duanya adalah setinggi-tinggi niaamat
    memadai dengan kedua-duanya sahaja sebagai niaamat

    gurutariqat dalam kitab durrun-nafis:
    apa yang tak pernah dipandang mata
    dan tak pernah didengar telinga
    dan tak pernah terlintas dimatahati  segala manusia...
    [Itulah balasan syurga dari Allah Maha Perkasa]

    gurutariqat kedah 1984:
    [hadis qudsi] Allah berfirman:
    aku disisi sangka hambaku
    dan aku bersamanya bila dia mengingatku
    siapa yang menuntut aku dengan benar
    dia mendapat - ku.....


    Rasulullah s.a.w. terlewat solat disuatu subuh kerana menerima ayat berkenaan dari Jibril a.s. Bilal r.a. yang menyusuli Rasulullah mendapati Rasulullah sedang menangis hingga basah baju dan Rasulullah mengkhabarkan kepada Bilal...........


    Uais Alqarni adalah sahabat Rasulullah s.a.w. yang ghaib, tak pernah bertemu dengan Rasulullah kerana memelihara ibunya yang uzur di Qarn, Yaman. Ketika Khalifah Omar AlKhatab r.a. mencarinya diatas arahan Rasulullah semasa hayat Rasulullah, Haram bin Haiban yang mengetahui demikian lantas pergi bertemu Uais di Yaman dan meminta Uais membaca sepotong hadis, lalu Uais membacakan ayat ini...................

    21 Jun 2010

    Sebuah polemik



    Kunci Utama Kejayaan Dalam Hidup 
    From:    Dr. Azizan Osman admin@richworks.com.my
    To:    aufaa_asrar@yahoo.com
        
    ULASAN dihujung rencana......

     


    • Bukankah Tuhan itu mengikut sangkaan hambaNya?
    • Mungkin anda pernah maksud ayat dari Surah Al-Asr tentang sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian melainkan mereka yang saling ingat-mengingati ke jalan kebaikan dan mereka yang melakukan kebaikan.
    • "Point saya ialah. Sebenarnya semua orang boleh dan mampu untuk membuat kebaikan. Tidak kiralah dia pakai serban atau tidak. Dia Melayu atau tidak. Dia ada janggut atau tidak. Dia belajar tinggi atau tidak. Dia kaya atau tidak. Dia tua atau tidak. Semua orang boleh membuat KEBAIKAN".
    • Maknanya, sekiranya kita bersangkaan baik, maka Insya-Allah sangkaan yang baik itu akan mendatangkan hasil yang baik, begitulah sebaliknya. Bukankah itu namanya "Law of Attraction" dalam Bahasa Inggeris? Bermakna apa yang ramai pakar motivasi barat cuba sampaikan kepada kita adalah apa yang telah lama wujud dan ada di dalam Islam tetapi ramai daripada kita yang tidak perasan dan tidak mengkaji.
    • Malah saya memperjuangkan "ilmu hidup" serta "ilmu mati" sepertimana yang disampaikan oleh arwah guru mursyid saya yang menekankan tentang menghidupkan hidup serta mengenal intipati diri serta kehebatan Tuhan dan kemuliaan Rasulullah saw
    • Semua orang boleh buat kebaikan. Dan program saya adalah satu cara untuk saya membantu anda menunjukkan jalan atau cara untuk mendapatkan kehidupan yang lebih hebat dengan memahami langkah-langkah kejayaan yang telah dilakukan oleh orang yang lain yang telah berjaya hanya dengan konsep positif tersebut. Anda mengenali apa yang positif tentang diri anda serta apa yang negatif tentang diri anda, barulah lebh mudah untuk anda buat perubahan bukan?

    Salam Semua

    Semoga anda serta keluarga sentiasa diberi kerahmatan, kebahagiaan, kesihatan, kekayaan, kejayaan dan keberkatan oleh yang Maha Esa di dalam apa sahaja yang anda lakukan Insya-Allah.

    Masa berlalu dengan pantas dan kita bakal menghampiri pertengahan tahun 2010. Pejam celik pejam celik umur kita semakin meningkat dan kita sentiasa berlumba dengan masa sehinggalah tidak tahu bila sampai "time" kita.
    Banyak peringatan yang kita selalu dengar sebenarnya tentang betapa pentingnya menghargai setiap masa yang kita ada. Samada dari Al-Qur'an atau Hadith. Mungkin anda pernah maksud ayat dari Surah Al-Asr tentang sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian melainkan mereka yang saling ingat-mengingati ke jalan kebaikan dan mereka yang melakukan kebaikan.
    Bercerita tentang kebaikan ini, besar skopnya. Ramai orang ingat "kebaikan" hanya datang dengan duduk di atas tikar sejadah 24 jam sehari, 7 hari 7 malam. Ada orang ingat kebaikan itu hanyalah bila seseorang itu bercakap dengan pakai kopiah dan serban tinggi, mesti ada janggut ala-ala sampai ke pusat, barulah dikira "kebaikan", ada orang pula cakap, kebaikan itu ialah bila yang bercakap itu mesti ada "title" "Ustaz" kat depan nama dia sedangkan ramai yang tidak tahu sebenarnya perkataan "Ustaz" bagi orang Arab adalah bermaksud "Encik" di Malaysia, tapi tanggapan umum orang Melayu adalah "Ustaz" tu macam bila dia bercakap Melayu ada slang bunyi cakap kalami Arabi (Macam bunyi-bunyi arab), ada bunyi-bunyi ayat Al-Quran dan Hadith 2 tiga patah dan tiba-tiba orang itu jadi lebih alim dari orang lain.
    "Point saya ialah. Sebenarnya semua orang boleh dan mampu untuk membuat kebaikan. Tidak kiralah dia pakai serban atau tidak. Dia Melayu atau tidak. Dia ada janggut atau tidak. Dia belajar tinggi atau tidak. Dia kaya atau tidak. Dia tua atau tidak. Semua orang boleh membuat KEBAIKAN". Bila saya kata kebaikan, maknanya semua orang boleh membuat perkara yang positif. Kebaikan = Positif. Dan mungkin anda pernah dengar ayat:" Buat baik dibalas baik!" dan begitulah sebaliknya. Semua orang boleh bertindak, berperasaan, berfikir secara positif dan melayan orang lain dengan positif. Berkhidmat dengan positif, bekerja dengan positif, berniaga dengan positif, berkeluarga dengan positif, berjiran dengan positif. Memandu dengan positif, membawa motor dengan positif, berkawan dengan positif dan pelbagai lagi perkara yang kita boleh lakukan dengan penuh positif atau nama lain dia adalah KEBAIKAN.
    Janji Tuhan, "Buat baik dibalas dengan baik!". Maksudnya bila kita buat sesuatu perkara yang positif dengan pemikiran, perasaan serta tindakan yang positif, maka Insya-Allah, lebih banyak perkara yang positif yang akan datang kembali kepada kita.
    Bukankah Tuhan itu mengikut sangkaan hambaNya? Itu salah satu hadith yang saya pernah dengar disampaikan oleh seorang "Ustaz" di sebuah masjid di Kg. Lapan Melaka kampung mak saya. Maknanya, sekiranya kita bersangkaan baik, maka Insya-Allah sangkaan yang baik itu akan mendatangkan hasil yang baik, begitulah sebaliknya. Bukankah itu namanya "Law of Attraction" dalam Bahasa Inggeris? Bermakna apa yang ramai pakar motivasi barat cuba sampaikan kepada kita adalah apa yang telah lama wujud dan ada di dalam Islam tetapi ramai daripada kita yang tidak perasan dan tidak mengkaji. Saya tidak mengagungkan barat, cuma saya agak kecewa dengan sikap mereka yang sangat "Plastik" dan hipokrit. Ramai orang yang tidak mengkaji dan berfikir tentang kejadian Tuhan serta menghidupkan tamadun ilmu seperti zaman ilmuan Islam dulu dan hanya pandai menyelar itu tidak betul, ini tidak betul. Masalahnya ramai yang tidak menunjukkan pula apa yang betul?
    Bila bunyi Bahasa Inggeris sahaja, ada setengah "Ustaz" akan nasihat yang itu khurafat atau tidak Islamik tanpa ambil satu step ke hadapan dengan memahami terlebih dahulu apa mesej yang ingin disampaikan. Sedangkan "Ustaz" itu juga cuba menyampaikan mesej yang sama tetapi di dalam Bahasa Malaysia. Then, tiba-tiba keluarlah ayat "Law of Attraction" versi Islamik. Kalau tidak, nanti tidak menarik bunyinya, tidak Islamik. Nak Islamik perlu ada bunyi ala-ala arab. Baru Islamik. Nak Islamik perlu disampaikan oleh "Ustaz" yang bercakap ada bunyi arab sikit. Bila bunyi bercakap macam ada arab sikit, then "Ustaz" lah tu.
    Jangan salah faham. Saya tidak ada masalah dengan mana-mana ustaz. Saya rasa ramai ustaz yang menyambung warisan nabi dan para sahabat dengan menyampaikan tentang ilmu, Islam, iman dan amal. Malah saya memperjuangkan "ilmu hidup" serta "ilmu mati" sepertimana yang disampaikan oleh arwah guru mursyid saya yang menekankan tentang menghidupkan hidup serta mengenal intipati diri serta kehebatan Tuhan dan kemuliaan Rasulullah saw. Tetapi zaman hari ini, ramai yang buang masa hanya "bercakap" tentang kebaikan serta menjadi positif. Tetapi tidak ramai yang mengajak orang secara agresif untuk berfikir, berperasaan, bertindak dengan kebaikan serta sentiasa menjadi seorang yang positif. Anda tidak perlu menunggu menjadi "ustaz" untuk membuat kebaikan. Tidak perlu tunggu anda pakai jubah, ada janggut panjang, ada serban. Pakai tudung labuh dan jilbab. Tidak perlu tunggu. Anda t idak perlu tunggu sesiapa pun datang untuk merubah kehidupan anda kerana anda boleh mulakan sekarang, anda boleh mulakan membuat kebaikan sekarang dengan berfikir, berperasaan, bertindak secara POSITIF kepada diri anda, ibu-bapa anda, keluarga anda, bos anda, kawan-kawan anda, jiran anda serta sesiapa sahaja di sekeliling anda samada yang anda kenal atau tidak. Bukankah itu asas kepada Islam yang bermaksud "selamat". Semua orang boleh buat kebaikan. Dan program saya adalah satu cara untuk saya membantu anda menunjukkan jalan atau cara untuk mendapatkan kehidupan yang lebih hebat dengan memahami langkah-langkah kejayaan yang telah dilakukan oleh orang yang lain yang telah berjaya hanya dengan konsep positif tersebut. Anda mengenali apa yang positif tentang diri anda serta apa yang negatif tentang diri anda, barulah lebh mudah untuk anda buat perubahan bukan?
    Cuba perhatikan sedutan lirik lagu "Pandangan Hati" ini yang pernah dinyanyikan oleh Allahyarham Ustaz Asri kalau tidak silap saya:-
    Pandangan mata selalu menipu.
    Pandangan akal selalu tersalah.
    Pandangan nafsu selalu melulu.
    Pandangan hati itu yang hakiki, kalau hati itu bersih.
    Program "Seminar Kenali Potensi Diri-Revolusi Diri 2010" saya telah habis. Kepada anda yang telah melaluinya tahniah diucapkan. Kepada anda yang bakal menemui saya di dalam program 2-hari Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan pada hari sabtu (1/5) & ahad (2/5) ini di Dewan Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Percayalah, perubahan dan revolusi kehidupan anda daripada kesusahan, kesempitan, kegagalan, kebuntuan, tekanan dan sentiasa tidak bahagia semuanya akan berakhir dan berubah kepada kebahagiaan, kesihatan, kekayaan, kejayaan, ketenangan Insya-Allah selepas program 2-hari bersama saya nanti sebagaimana beribu-ribu peserta saya yang lain.
    Semoga kita semua selamat (Islam) di dunia dan di akhirat.






    Dr.Azizan Osman
    Jurulatih Kejayaan #1 Malaysia
    Mentor Kekayaan & Kejayaan

    Your are currently subscribed as: aufaa_asrar@yahoo.com. To unsubscribe, please click Unsubscribed.


    ULASAN SH MUHAMMAD ALBANJARI
     [22-06-2010 -  hari saya menyertai seminar dr azizan dialor setar]

    Pertama...ayat Alquran dan maksudnya....


    Nampaknya "budak" ni sangat taksub [too focus] dengan 'kekayaan' hingga2 memotong dan mencantas Alquran pun dia sanggup..... adakah surah al asri yang pendek tu "dipendekkan" lagi demi mencapai maksud dan tujuan nafsu sendiri...... [ seseorang itu menjadi "budak" kepada apa yang dia puja]

    Tengoklah maksud terjemahan dia yang melelong melintang pukang:


    "Mungkin anda pernah [melihat? mendengar? mengikuti?] maksud ayat dari Surah Al-Asr tentang sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian melainkan mereka yang saling ingat-mengingati ke jalan kebaikan dan mereka yang melakukan kebaikan."

    Tengok ni terjemahan berotoriti yang paling hampir:


    "Demi Masa sesungguhnya manusia didalam kerugian... kecuali mereka yang beriman dan berbuat soleh/kebaikan dan saling mengingati dengan kebenaran dan saling mengingati dengan kesabaran........"

    Tengok pula tafsirnya yang paling dekat:
    {Sekarang ni kitab terjemah dan tafsir dah berlambak dipasaran. Dalam internet online lagi.....jangan nak buat alasan saya tak belajar agama saya bukan ustaz...... kalau jahil jangan pandai2 nak mengajar atau nak ajak orang ikut rujukan kita yang melelong tu...!}

    Beriman maksudnya wajib beriman dengan Allah dan Hari Akhirat termasuk wajib beriman kepada Kitab2, Rasul2, Malaikat serta Qodzo Qadar. Kalau tolak satu jawabnya bukan tinggal lima , seperti yang diajar oleh doktor celup matematik, tapi tinggal kosong....jadi kafir semula, atau murtad...!!!!
    Beramal soleh bermaksud bertaqwa – mentaati Allah dan Rasul [buat yang disuruh tinggal yang dilarang] dan meninggalkan taat kepada selainnya.
    Mengingat dengan kebenaran atau alhaqq itu dari Allah dan Rasul sahaja cotation-nya, bukan dari iblis syaitan thoghut sekular otak manusia......! Tak boleh syirikkan Allah dengan sesuatu....!
    Tammatnya.... Mengingat dengan KESABARAN. Jangan lah gopoh nak kaya cepat..... 124 RIBU Nabi2 pun taklah kaya kecuali satu orang sahaja sebagai contoh 'kuasa' Allah iaitu Nabi Sulaiman yang kekayaannya pula tidak boleh ditandingi oleh segala manusia diatas dunia, namun dia juga tak mampu nak melebihi Allah taala yang MAHAKAYA KEKAL PULA TU SELAMA2NYA, NO ENDING...... KEKAYAAN NABI SULAIMAN PUN NILAINYA DISISI ALLAH TAK SAMPAI SEBELAH SAYAP NYAMUK....lagi pun sementara sahaja....!
     Nabi Muhammad sendiri berdoa' supaya dia hidup dalam miskin dan mati dalam miskin dan dibangkitkan diakhirat bersama-sama orang2 miskin......
    Didalam syurga pula yang ramainya..... orang miskin tetapi orang2 kaya pula ....ramai didalam nuraka..!


    Kedua fasal BAIK SANGKA......


    BERBAIK SANGKA HANYA DENGAN ALLAH DAN RASUL. Ini otoritas baik sangka. BUKAN DENGAN IBLIS SYAITAN SEKULAR TOGHUT...... Allah dan Rasul tak kan nak biarkan kita jadi iblis atau syaitan atau sekular atau thoghut, atau fir'aun ke haman ke? Tapi Iblis syaitan sekular thoghut, yahudi dan kristian memang nak kita jadi macam mereka, masuk geng mereka....... jangan sekali2 percaya atau berbaik2 sangka kepada puak2 fasik, kafir dan munafik......! Kalau ada matahati macam lirik lagu us munif [ bukan arwah us asri] tu, bolehlah tengok simunafik...!

    Ketiga tentang KEBAIKAN

    TIDAK SAMA ANTARA KEBAIKAN DAN KEBURUKAN WALAUPUN ENGKAU TA'AJUB/AJAIB MELIHAT BANYAKNYA KEBURUKAN DARI KEBAIKAN- ALQURAN 

    KEBAIKAN ATAU ALHAQQ dari Allah dan Rasul tak semua orang boleh buat. Sebab Allah bagi kita pilih, nak baik atau jahat, positif atau negatif, syurga atau nuraka.....sebab Allah DAH bagi otak dan panduan/petunjuk. Kebaikan secara umum memang orang buat sebab nilainya tak sama. Minum arak bagi orang kafir kalau sikit2 tu masih baik dan masih berakhlak mulia lagi. Tapi secara khususnya bagi Allah dan Rasul, arak itu sebotol haram setitik pun haram...! Mengatakan halal ....kut, atau tak apa setitik tak haram... boleh membawa kepada murtad...! Ini kena faham betul betul. Betul betul....!
    Kalau di Pakistan orang tak pakai janggut tak layak jadi imam solat...sebabnya janggut wajib pada mazhab dipakistan! Dan ingat.... pakai sorban juga adalah alhaqq dari Allah dan Rasul walaupun sunat tapi syariat atau wahyu bukannya hawanafsu, jangan nak hinahina pula, boleh menjatuhkan iman...... dan ianya bukanlah dari syaitan dan thoghut !!. 



    Dan taraf 'sunat' adalah WAHYU, ia lebih utama dari 'adat' atau 'peraturan' manusia. Macam pakai topi jepun [ topi cepiau ] atau topi cowboy atau apa2 topi-lah dan juga macam pakai tali ikat batang leher atau tali ikat tengkok tu, ini semua bukannya wahyu! Semuanya duduk dikebawah dari 'sunat' atau sunnah.

    Keempat tentang ustaz 

    Janganlah tengok dekat 'ustaz celup' saja yang bila dia tu bekas pelajar sekolah agama dan pernah jadi imam surau ke dah dapat title ustaaaaz!, tengok sama dekat doktor celup dan cikgu celup. Kalau orang cina kata 'cheeguu' ertinya duduklah hai lembu ! Sifu...gengster pun ada sifu, tukang sihir pun ada sifu, pelacur di Italy pun ada sifu. Very2 fleksibel..... tak lah macam 'ustaz' semuanya baik2 belaka kecuali yang ada kepentingan sendiri...!
    Doktor [ yang pakar perubatan ] pula hanya perawat bukan penyembuh atau penyelamat dari maut... jangan perasan sangat, bukannya mahatahu, cakap rongputih pun bunyi macam bangla cakap melayu! England tidak America pun tidak. Tapi sekarang ni ada juga doktor atau perawat dipelbagai bidang, sastera, sains dan teknoloji...... Sains tu hanya boleh dikaji bukan boleh dicipta pula, sebab dia hak cipta Allah s.n.t. Kajian atau jumpaan itu hak orang lain bukan barang saintis..! Yang boleh sikit2, sikit saja ialah berteknoloji, tapi tak mampu pula nak melebihi bahkan jauh langit dari bumi dengan TEKNOLOJI ALLAH SUBHANAHUATA'ALA.... misalnya teknoloji bulan dan matahari atau airlaut yang melekat dibumi...
    Dan ingat....banyak lagi perkataan yang berakhir dengan ..."tor" SEPERTI kontraktor dan receptor .... translator, calculator, conductor atau diktator tapi tidaklah mentor yang pengotor...! 



    Awas : mentor bukan mentera atau menter-i, bukan mantau bukan mo-man-tau...! Begitu juga dengan professor.......M A H A G U R U......! BUKAN MAHABIJAKSANA DAN MAHAMENGETAHUI, MAHAKAYA DAN MAHAPERKASA, TIADA AWAL DAN TIADA AKHIR, YANGSEDIA DAN YANGKEKAL SELAMA-LAMA...!

    Penutup 

    Dalam sejarah peradaban Islam, seseorang belum mencapai umur 40th masih belum matang sematang2nya. Nabi Muhammad menerima wahyu pertama pada usia 40th hijrah [l/k 39th masihi] selepas bersuluk digua hira selama 5 tahun [pada umur 35th hijah].


    Tapi kalau dah capai 40th amal kejahatan kita itu tak dapat dikalahkan oleh kebaikan disisi Allah dan Rasulnya, maka bersiap2lah untuk memasuki pintu neraka......walaupun didunia kayaraya....ada 10 banglo besar2 siap kolam renang super hyper lagi, dan motokar berbagai jenama2 kuda atau unta/camel.........maharaja-lela...... wal'iya zu billah..! 


    JANGANLAH BERSELINDUNG DISEBALIK ISLAM SELEKTIF UNTUK TUJUAN DUNIAWI YANG HINA LAGI SEMENTARA INI.......

    Wallahu'aklam......

    aufaa_asrar@yahoo.com
    http://surauhalal.blogspot.com/