Halaman

rempeyek ajaib... satu kelainan citarasa

rempeyek ajaib... satu kelainan citarasa
makanlah... yang suci bersih halal mendapat BERKAT

8 Jun 2010

Banyaknya orang perasan....!


Taqdirnya aku telah bertemu dengan ramai orang ‘perasan’. Terlalu suka membangga diri dan kekadang suka meninggi diri. Kita dapat ‘rasakan’ kesombongan orang ini dalam berbilang  tindakan.  Terkadang dalam percakapan, terkadang dalam isyarat muka dan tangan. Terkadang ketika dia berjalan atau menaiki kenderaan. Adakalanya semasa makan atau minum. Atau ketika memberi ucapan....
Kekadang dia pun tak perasan yang dia tu 'orang prasan'
Selalunya orang2 yang berpenyakit ‘perasan’ atau ‘ujub,  mereka ini terdiri dari orang yang merasa dirinya ada kelebihan yang tidak ada pada orang lain. Ada harta yang banyak. Ada isteri atau teman yang ramai. Ada kekuatan pada tubuh yang sasa atau ada ‘body guard’. Tak ketinggalan yang ada ilmu dengan sijil yang berjela2 atau yang tinggi2. Begitu juga dengan yang ada rupa paras yang dianggap cantik walaupun bukan yang tercantik pun. Ada pula yang perasan kerana berjawatan tinggi atau sekurang2 jadi jawatankuasa organisasi pinggan mangkuk untuk kenduri kendara.

Bukannya dunia ini telah pupus dari orang yang lebih dari dia. Cuma perasaannya yang dilayan sehingga seolah2 dia lah yang paling gah dan hebat...!


Sepatutnya untuk dapatkan kebahgiaan hakiki yang bernama kebahgiaan jiwa,  kita tak perlu semua kelebihan yang kita perasan tu.  Yang penting Kita Bersyukur dengan apa yang ada. Banyak dan ramai lagi orang yang susah dan menderita dari kita yang sepatutnya kita tolong atau bantu. Bukannya semua orang mendapat kesempatan untuk menjadi kaya raya. Dalam dunia ini tak sampai  1% pun orang yang benar2 kaya. Itupun  kalau dibanding dengan sesama kita. Kalau nak banding dengan KEKAYAAN ALLAH S.N.T. pula jangan kan kira segala jutaan bintang cekarwala yang sampai sekarang kita tak mampu menerokanya, lihat saja pada bumi atau globe yang sudah dianggarkan berusia 4 ribu juta tahun. Sedangkan bumi kita tidak langsung kelihatan diangkasa raya Tuhan YANG MAHAKAYA, kerana matahari kita pun, diangkasa raya Tuhan YANG MAHAKAYA hanya sebesar butiran pasir dipantai.


Ada satu analogi yang masyhur: Kalau kita tak kaya kita pasti mendapat kehinaan atau tak dihormati orang. Kalau bangsa kita miskin kita tak mampu terjun kedalam arena antarabangsa.


Adakah orang kaya tidak juga dihina sepertimana yang terjadi kepada negara ‘pengganas’ Amerika yang setiap masa mahu memerintah dunia atau mewarnai dunia dengan tangan ganasnya? Dan adakah negara kaya juga tidak boleh jatuh muflis dan hina sepertimana berlaku kepada Russia?
Lalu siapa yang berani beranologi dengan kekayaan dan kekuatan tentera?  Sebab itu orang akan lebih benar apabila ia berpegang dengan kata2 masyhur dan berharga: 
"K E K A Y A AN   S E B E N A R   A D A L A H  K E K A Y A A N   J I W A”

Orang yang merasa terhina kerana miskin adalah orang jahil  atau tak berinformasi yang cukup, walaupun dianya seorang professor diunibersiti.


Bukankah orang2 kaya itu bergantung sepenuhnya kepada orang miskin untuk mencapai hajat duniawinya? Kalau ditaqdirkan dunia ini tak ada buruh atau pekerja kontrak maka sebahgian orang2 kaya sendirilah yang menjadi buruh dan perkeja kontrak. Mampukah orang2 kaya membina rumah dan kilang sendiri? Kalau nak membasuh kenderaan pun kena pakai pekerja buruh impot, inikan pula hendak mengangkat batu bata atau menurap jalan?
Sepatutnya orang2 miskin dihormati kerana sumbangan tangan merekalah, walau sering dibuli dengan upah yang tak setimpal,  berlangsungnya pembangunan yang menjadi kemegahan orang2 kaya.
Dalam dunia ini berapa jutakah orang2 yang berpangkat dan berjawatan seperti doktor, engineer dan arkitek ataupun seperti pengarah jabatan atau syarikat koperat...? Tidak kah mereka malu kerana dikalangan mereka sendiri yakni ‘bangsa manusia’ yang termulia daripada segala kejadian, tiba2 terdapat begitu ramai sekali sehingga beribu juta jumlahnya orang2 yang miskin bahkan papa kedana?


Sepertilah sebatang pokok balak dihutan, kalau akarnya merasa terhina kerana berselerak dibawah tanah tidak menonjol keatas sepertimana batang, ranting dan daunnya atau bunganya, lalu akar pun segan nak hidup lagi, maka tumbanglah pokok itu musnah bersama2 akarnya sekali.
Begitu juga ibarat pokok dengan manusia. Pokok2lah yang memberikan kita udara bersih untuk pernafasan , tetapi pokok2 itu mengambil pula  udara kotor pernafasan yang keluar dari kita berserta najis yang menjadi hidangan dan santapan mereka semua. Kalau tidak dunia kita tentu dipenuhi udara kotor dan najis semata. Sepatutnya kalau orang nak fanatik/taksub kenalah fanatik kepada pokok2 yang membolehkan kita ‘bernyawa’ samaada kita itu orang kaya atau papa kedana...!


Sedarlah sedikit wahai orang2 perasan, bahawa diri kita itu tak sekaya dan tak sehebat mana.  Kita semua saling bergantung sesama sendiri bahkan kepada binatang, tumbuh2an  dan pokok2 kayu untuk makanan dan pernafasan. Tak ada siapa yang mulia, kita semua sama2 lemah dan hina disisi ALLAH YANG MAHA KAYA LAGI PERKASA.
Kemuliaan kita ialah kerana TAQWA iaitu nilai AKHLAK yang tertinggi disisi ALLAH S.N.T. [YANG MAHASUCI LAGI MAHATINGGI]


AMATlah rugi dan malang lagi jahil, jika kita berbangga dengan apa yang kita ada sedangkan SATU DUNIA yang terdiri dari 1/3 daratan yang terbahagi lagi kepada padang pasir dan lembah dan hutan belantara, inipun masih tidak kelihatan diangkasa ALLAH YANG MAHA MULIA LAGI MAHA AGUNG!  Apahal dengan ciptaan dan kekayaan kita bolehkah nampak diangkasaraya? 

Dan lagi apa saja yang kita cipta semuanya dari ciptaan DIA MAHA PENCIPTA, serta pula menggunakan semua alat2an dari ciptaan DIA YANG MUTLAK.

TAK ADA langsung walau satu orang pun diantara kita yang mampu menjaga air lautan dari terbang keudara, atau hutan belantara dari kemarau dan kebakaran, atau bumi dari dilanda taufan dan banjir.. Tidak juga siapa yang mampu memberi rezeki kepada burung dan unggas serta ikan2 dilautan.  Mampukah kita menyediakan oksijen bagi pernafasan kehidupan dibumi ini? Mengapa kita tak berdaya mencipta sebuah lagi bumi lantaran kita telah penat mencarinya dibulan atau diplanet marikh ?


Sepatutnya semua orang kenalah bersyukur dengan bertolong bantu menjaga dan memelihara dalam memakmurkan bumi ini dengan NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG..................