Halaman

rempeyek ajaib... satu kelainan citarasa

rempeyek ajaib... satu kelainan citarasa
makanlah... yang suci bersih halal mendapat BERKAT

12 April 2010

PERANAN PATUNG DLM KRISTIANITI

"Kini di hadapan Syafiq sebuah bangunan besar yang mempunyai kubah seumpama kubah masjid. Kalaulah dia tidak mengetahui tentang selok-belok tempat itu, sudah tentu disangkanya masjid apabila melihat kepada kubah itu. Namun, terdapat sedikit kelainan dari sudut bentuk dan ukirannya yang tersendiri pada kubah tersebut. Syafiq melangkah masuk ke dalam kawasan gereja Katholik di Vatican itu.

Apabila sampai sahaja di dataran hadapan gereja, Syafiq dapat menyaksikan pelbagai jenis patung yang terletak mengelilingi bangunan dan dataran gereja tersebut. Begitu juga berhampiran dengan pintu masuk ke gereja, terdapat sebuah patung besar yang diukir iaitu patung St. Peter yang merupakan pemimpin pertama dalam gereja Katholik. Syafiq mendapati ramai pelancong yang datang dari pelbagai negara melawat ke gereja tersebut. Di samping gereja tersebut yang menjadi pusat keagamaan bagi penganut Katholik, ia juga dijadikan sebagai destinasi pelancongan
Syafiq melangkah kaki ke dalam gereja tersebut untuk melihat keadaan di dalamnya. Suasana di dalam gereja agak suram dengan cahaya yang agak malap. Terdapat pelbagai jenis patung. Terdapat patung yang diukir untuk menggambarkan 'Jesus', Maryam, dan patung malaikat yang diukir dalam bentuk anak-anak kecil yang terbang. "Banyaknya patung di sini", getus Syafiq di dalam hatinya. Syafiq berasa agak 'seram' dengan suasana muram dan sedikit gelap dalam gereja tersebut. [ustazshauqi.blogspot]
MENGAPA PATUNG....
Diwaktu hayat Nabi Isa a.s. tidak ada seekor patungpun dalam rumah atau tempat ibadatnya dan pengikut2nya. Seperti semua kita maklumi Rasul2 adalah UTUSAN ALLAH yang diprintahkan mentauhidkanNya dan menyeru kepada Tauhid...Tuhan Yang Esa dan tidak boleh mensyirikkan/ mempersekutukan Allah dengan sesuatu apapun.
Apabila syaitan telah menggoda ummat para2 Rasul, mereka telah membina patung2 dan lukisan menyerupai Rasul2 dan Pendita2/Pemimpin2 mereka sebagai lambang untuk menjadi perantaraan kepada Rasul2 dan Tuhan....... lama kelamaan patung2 ini 'menjadi' tuhan atau tuhan2 dan Tuhan Yang Esa itu semacam dilupakan sahaja. Inilah kehalusan permainan iblis dan syaitan yang memperdayakan ummat2 terdahulu yang asalnya bertuhankan TUHAN YANG MAHA ESA....ALLAH!
Sedangkan patung2 adalah makhluk/batu@kayu yang dibuat oleh tangan manusia sendiri yang tidak boleh memberi manfaat ataupun mudzarat sedikitpun kepada manusia.... tetapi apabila ianya dipuja dan disembah.........
MAKA SANG IBLIS AKAN MENYELINAP KEDALAM PATUNG2 DAN MENGKABULKAN SEGALA PERMINTAAN DAN HAJAT MANUSIA YANG TELAH DITIPUNYA TADI...... maka bertambahlah keyaqinan manusia ini kepada TUHAN PATUNG mereka yang mahaberkuasa.......

Didalam Islam, Rasulallah s.a.w bukan sahaja melarang mengukir/membina patung bahkan melarang melukis gambar makhluk yang hidup kerana siapa yang mengukir/melukis demikian nanti diakhirat Allah perintahkan mereka memberikan nyawa kepada ukiran dan lukisan mereka itu.......
Pada masa lain Rasulullah s.a.w menyebutkan bahawa Malaikat[RAHMAT]tidak masuk kedalam rumah yang ada anjing atau gambar/patung makhluk hidup tetapi yang masuk kerumah itu adalah syaitan l.t.a.
Kalau begitu... bukan sahaja kristian dan yahudi bahkan semua agama lain yang memuja gambar dan patung hidup, sama2 menjadi mangsa iblis dan syaitan yang telah menyelewengkan mereka dari agama yang benar ...... dari Allah- TUHAN YANG MAHA ESA.......
ADAPUN KAABAH ADALAH RUMAH ALLAH...IANYA BUKANLAH PATUNG MAKHLUK HIDUP. DAN KAABAH TIDAK DISEMBAH SEBAGAI TUHAN TETAPI KAABAH HANYALAH BATU [ BUKANNYA PATUNG ] YANG DIBINA SUPAYA UMMAT ISLAM MEMPUNYAI SATU TEMPAT UNTUK MENGHADAPKAN MUKA ATAU WAJAH APABILA MEREKA MENGERJAKAN IBADAT SOLAT, WALAU DIMANA MEREKA BERADA DISELURUH DUNIA.... KAABAH TIDAKLAH BOLEH DIBINA DIMERATA TEMPAT DAN TIDAK ADA KAABAH TIRUAN WALAU DIMANA TEMPAT PUN DIDUNIA INI YANG MEMPUNYAI OTORITAS SEBAGAI QIBLAT/ARAH UMMAT ISLAM.