Halaman

rempeyek ajaib... satu kelainan citarasa

rempeyek ajaib... satu kelainan citarasa
makanlah... yang suci bersih halal mendapat BERKAT

17 November 2010

CANGGIH LAGI....

TEKNOLOJI CANGGIH VS ADDEEN

DENGAN BERLAKUNYA FENOMENA TEKNOLOJI CANGGIH, TERCANGGIH DAN PALING CANGGIH DISELURUH DUNIA, MANUSIA SEMACAM TERLUPA ASAL USULNYA DAN KESUDAHAN HIDUPNYA.  LUPA TENTANG KEBERADAAN MEREKA DIDUNIA YANG SEMENTARA……..DAN AKAN BEREDAR MENUJU KETEMPAT YANG ABADI.

MANUSIA APABILA LAPAR MENCARI MAKANAN
APABILA DINGIN MENCARI PAKAIAN
APABILA HUJAN DAN PANAS MENCARI TEMPAT KEDIAMAN
APABILA SAKIT MENCARI OBAT
APABILA DATANG SYAHAWAT MENCARI TEMAN HIDUP
APAPILA SENANG DAN MEWAH MULALAH LUPA DARATAN……..

NAMUN….APABILA SEMUA JALAN MENCAPAI KEINGINAN JADI TERHALANG BAHARULAH MANUSIA MENCARI TUHAN……

Bukan pula semua keinginan dan kemahuan yang dikecapi itu betul, benar dan sempurna.
Banyaknya adalah palsu, sesat dan cacat.  Sebab otak dan ilmu manusia tidaklah mencapai taraf PENCIPTA.  Hanya setakat mencoba cipta dan reka…trial and error.

Alam yang sedia ada memangnya telah TERCIPTA dengan rapi dan mengikut ukuran yang tetap dan tertentu. Manusia seperti TIKUS MEMPERBAIKI LABU.  Makin dibaiki makin rusak.  Menambah baikan atau memberi nilai tambah kepada ciptaan yang sedia ada lebih banyak merusakkan alam daripada faedah yang dicapai dari teknoloji baru.

























Imam bukhari meriwayatkan bahawa omar r.a. menceritakan peristiwa jibril telah mendatangi nabi s.a.w. dan bertanya lima perkara:
Apa itu iman
Apa itu islam
Apa itu ihsan
Bilakah terjadi qiamat
Apakah tandatanda qiamat.

Setelah jibril beredar, nabi bertanya sahabat apakah mereka kenal siapa yang mendatangi nabi dan bertanyakan soalan2 tadi.

Nabi memberitahu itu ialah jibril, Ia datang kepada kamu mengajarkan kamu agama kamu.

ITU ADALAH SEDUTAN DARI SEBUAH HADIS TENTANG PERISTIWA JIBRIL MENGAJAR AGAMA ATAU DEEN YANG SEBENAR LAGI LENGKAP KEPADA MANUSIA…..

ADDEEN ADALAH PEGANGAN DAN AMALAN.
KEKUAAN ADDEEN BERGANTUNG KEPADA KEYAQINAN YANG BENAR DAN KEIKHLASAN YANG TINGGI.

IMAN ADALAH ASAS
ISLAM ADALAH TUGASAN
IHSAN ADALAH PENGUKUHAN DAN PEMANTAPAN
QIAMAT ADALAH PINTU KEPADA KEHIDUPAN YANG KEKAL ABADI
TANDA2 QIAMAT ADALAH PEMANGKIN DAN PENGINGAT KEPADA HIDUP AKHIRAT YAKNI KEHIDUPAN SEBENAR YANG TERCANGGIH KEKAL TIDAK AKAN BERAKHIR LAGI……………………………


SEBAHAGIAN DARI TANDA2 QIAMAT IALAH BERLAKUNYA KEROSAKAN PADA 'ALAM DISEBABKAN OLEH TANGAN2 MANUSIA........JANGANLAH ADA PULA MANUSIA YANG MENDABEK DADA SEBAGAI PENCIPTA YANG HARMORNI MESRA 'ALAM SEDANGKAN SEBAHAGIAN BESAR PERSEKITARAN KITA TELAH DAN SEMAKIN MUSNAH DAN PUPUS...........TERUTAMA DARI SEGI ROHNYA SATU KEJADIAN CIPTAAN ALLAH YANG AMAT CANGGIH ITU.

15 November 2010

DELIMA ORANG MAJZUB









Aku sebenarnya tidaklah tertarik dengan kisah hidup mahmud gila tu. Sebabnya namanya saja gila, kerana konon dia majzub terlalu lama ….hampir empat tahun, sehingga dianggap gila. Dia pun pernah berbangga bila menyebut namanya MAHMUD GILA!!!


Kalau betul majzub…. dia tak perlu jaga orang. Sebab majzub itu khas untuk seseorang yang dikehendaki Allah sahaja. Tetapi dalam dunia ini bukan dia seorang, dah banyak bahkan beribu2 orang yang dah majzub atau mendakwa majzub. Tetapi bilangan ini tidak pula ramai kerana ia bukan lah satu kaedah tapi satu kelengkapan [compliment] bagi Allah s.n.t dalam MEMPAMIRKAN Kebesaran dan KekuatanNya.




Lagipun orang majzub bukanlah “contoh “ [uswah hasanah] untuk diikuti tetapi ia hanyalah pameran Allah kepada manusia dan sekatan Allah kepada sesorang yang majzub yang tak dapat faham dengan jalan pemikiran dan pembelajaran atau pengajaran dan pendidikan…tetapi kerana ia IKHLAS…maka Allah mencabut keupayaan otaknya dan kekuatan jasadnya, hanya semata2 mengikut arahan dan lakunan Allah pada dirinya bagi tempoh2 tertentu, untuk mengajar dirinya SECARATERUS sehingga ajaran yang di paksakan itu benar2 melekat pada otak dan hatinya.

Adakah orang lain boleh mencontohi perbuatan Allah dengan sengaja2 bermajzub
atau bolehkah seseorang diarah atau diajar supaya menjadi majzub……? Oleh itu
majzub adalah pemberian Allah dan dia tak boleh pula diajarkan, dicontohi apalagi
ditiru dan diikuti.
Orang majzub yang telah selesai menjalani tempoh majzub sepatutnya hendaklah
bersyukur kepada ALLAH S.N.T. kerana telah memaksakan keyaqinan kedalam
dirinya yang tersesat selama ini dan dengan itu kembali mengambil jalan salik.
Jalan salik iaitu jalan ilmu, amal dan ikhlas sesungguh hati….bukan HANYA semata2
hancur hati dengan Allah.

Tetapi jalan salik juga bukan jalan mudah. Ia adalah jalan mujahadah seperti yang ditunjukkan oleh
Rasulullah saw dan para sahabatnya r.a.a. Ia hanya dicapai dengan kesungguhan yang tinggi dari hati dan
fikiran yang telah memahami dengan segala pengajaran dan pendidikan yang didapati yang berotoriti dari
Rasulullah dan para sahabat nya.
Dengan karunia Allah ORANG SALIK itu disempurnakan dengan MAJZUB
kepada Allah walaupun untuk tempoh yang amat singkat – seperti dalam satu saat.
Firman: wa’bud rabbaka hatta ya’tiyakal yaqeen…..Ber’ibadahlah kamu kepada Tuhanmu
sehingga engkau dikurniakan alYAQEEN……….
Firman: illa min ‘ibaadaka…….. ALmukhlasyieen……. Kecuali bagi para HAMBAKU……… yang
DIKURNIAKAN KEIKHLASAN.


JALAN SALIK BUKAN LAH JALAN YANG BERTEMPOH TERTENTU SEPERTI PERJALANAN MAJZUB. Ia [SALIK] adalah jalan seumur hidup…….
Firman: wamaH-ya ya wamamaati lillahirobbil ‘alamien…….hidupku dan matiku hanya untuk allah tuhan seluruh ‘alam.

Disini orang akan melihat bahawa kedua2 MAJZUB DAN SALIK adalah kurniaan Allah s.n.t…..
semata2, sepertimana jalan yang dikaruniakan kepada Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya r.a.a. Inilah
dan hanya inilah JALAN YANG SEMPURNA YANG MENGGABUNGKAN MAJZUB DAN SALIK
YANG TELAH UJUD PADA DIRI RASULULLAH S.A.W DAN DIWARISI OLEH PARA
SAHABA R.A.A.
-------- AWAS !!!!!!! -----


ORANG yang telah mengenal Allah, matahatinya akan hanya melihat Allah dimana jua, sebelum, semasa dan sesudah ia melihat apapun dihadapannya atau didalam hatinya….tidak kira siapapun dan apapun kekuatan dan kehebatan atau ke’ajaiban yang terpamer dihadapannya……. Hanya Allah Yang Maha SegalaNYA………
TIDAK ADA SYIRIK WALAU SEBESAR HAMA BAGI ALLAH. INILAH MAJZUB YANG SEBENAR……
ORANG yang mengenal Rasulullah s.a.w. pula, sentiasa mempertahankan SUNNAH RASUL sebagai yang terhebat dan tertinggi…. tidak ada bandingan dan cadangan dengan gaya hidup selainnya untuk dibangga dan dicontohkan………..
INILAH SALIK YANG SEBENARBENARNYA……


----- INGAT !!!!!!! ------
APAKAH SESEORANG ITU MEMILIK HARTABENDA YANG MERUAH LALU BERLAKU
KEMEWAHAN, PEMBAZIRAN DAN PEMBOROSAN !
ATAU APAKAH SESEORANG ITU MEMILIKI ILMU SEPENUH LANGIT, SEHINGGA LALAI
DARI KEBENARAN DAN MENJADI PEROSAK KEHIDUPAN DUNIA DAN AKHIRAT !
ATAU APAKAH IA MEMILIKI PANDANGAN TEMBUS…… SEHINGGA MENGALAHKAN
NABI DAN RASUL ATAU TELAH MEWARISI TARAF KETUHANAN YANG MAHATAHU!
KETAHUILAH……..
Semua itu TIADA apa ertinya dihadapan Tuhan Raja Segala ‘Alam. Langit, Bumi, Bulan, Matahari
,Bintang2 semuanya adalah makhluk yang amat kerdil disisi Tuhan Maha Penguasa Maha
Pencipta…! Semua harta benda miliknya. Tidak ada ilmu melebihi ILMUNYA dan tidak ada siapa
yang MENGETAHUI SEGALA GALANYA SELAIN DIA……!
LAGIPUN SEMUA NYA AKAN DIBINASAKAN ALLAH JUA !!!!!!
YANG KEKAL HANYA DIA YANG TIDAK ADA PERMULAAN !!!
YANG BERKUASA MENGEMBALIKAN HANYALAH DIA SAHAJA !!!


MAHASISWA, MAHAGURU, MAHA PROFESSOR, MAHA DOKTOR, MAHA ENGINEER, MAHARAJA,
MAHA PRESIDEN……..BERJUTA TELAH PUN TERSUNGKUR TERSEMBAM PUNAH HANCUR
DIHADAPAN DIA YANG PALING KAYA PALING TAHU DAN PALING BERKUASA…….
TUNJUKKAN SIAPA YANG MASIH KEKAL…..! KECUALI YANG MASIH MENUNGGU KEHANCURAN
DALAM KETAKBURAN YANG SIA SIA CUMA.
TUNGGULAH…..KERANA KAMIPUN MENUGGU JUA………
APABILA SEMUANYA MENJADI HANCUR MUSNAH…..!
MAU TAK MAU SUKA TAK SUKA ……
BILA KAMU SEMUA INI DIBANGKITKAN DIMAHSYAR……….LALU


--------------- Hubaya!!!!! Hubaya!!!!! ----------------


Malangnya insan kerdil selalu alpa dengan KEIMANAN kepada ALLAH dan sentiasa lalai dari
ENAM RUKUN IMAN yang tersimpul kuat didalam KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH,
MALAIKAT-MALAIKATNYA, KITAB-KITABNYA, RASUL-RASULNYA, QODZO DAN
QODARNYA DAN HARI AKHIRAT……….
Ketahuilah apabila lalai seseorang akan satu sahaja dari ENAM
RUKUN IMAN, maka TERGELINCIRLAH IA DARI STATUS
ORANG YANG BENARBENAR BERIMAN.
Demikian pula mereka yang membesarkan contoh kehidupan dan kepimpinan selain Rasulallah
bererti telah menyimpang jauh dari AHLI SUNNAH WAL JAMAH. Siapapun dia
mestilah BERADA DIBAWAH PAYUNG RASULALLAH YANG KAMIL LAGI
TERMAKTUB SEBAGAI KECINTAAN ALLAH BAGI UMMAT AKHIR
ZAMAN….! 
Orang yang berpaling atau lalai dari CONTOH DAN KEPIMPINAN RASULULLAH adalah orang yang jatuh kepada FANATIK DAN TA’ASUB dan terkeluar dari UMMAT MUHAMMAD S.A.W. sehingga HARI QIAMAT…………!
APA YANG SEPATUTNYA ADA, IALAH KASIHSAYANG YANG TINGGI
DALAM UKHUWAH SESAMA IMAN DAN ISLAM PADA JALAN MENTAATI
ALLAH S..N.T. DAN DALAM MENCONTOHI RASUL S.A.W.
Firman: Wata’aawanu ‘alal-birri wat-taqwa……..wala ta’aawanu ‘alal- ismi wal-
‘udwan…….bertolongbantulah kamu dalam kebajikan serta taqwa….jangan sekalikali bertolong
bantu dalam kebejatan dan permusuhan…….


JANGANLAH ADA DIDUNIA INI SESEORANG YANG MENGAKU AHLULLAH LALU
MENGABAIKAN SUNNAH RASULALLAH S.A.W.
Sesungguhnya pengakuan seseorang adalah pada HATI namun ia tetap menjadi cacat bila tidak
disempurnakan dengan perkataan dan perbuatan yang ikhlas kerana Allah taala semata……
ORANG YANG CACAT BEGINI DITAKUTI TERJATUH KEDALAM GOLONGAN ZINDIQ…
IAITU KAFIR YANG TERSEMBUNYI ! Wal’iyyazubillah……..


Ini adalah kata2 orang mabuk Allah atau fana fil lah…….
ATAU JUGA UCAPAN ORANG MAJZUB YANG BELUM SIUMAN……
Namun kenyataan nya didepan mata kita….. ahli akhirat tetap hidup
BERGELUMANG DENGAN dunia dan ahli dunia tetap akan DISUMBAT
KEDALAM QUBUR untuk pergi keakhirat.
Adapun ahlullah yang zindiq akan masuk neraka tetapi Ahlullah yang mengikut
sunnah rasul akan masuk syurga.
DIMANA ORANG2 ITU HIDUP DAN MATI KALAU BUKAN DIDUNIA DAN KEMANA
ORANG2 ITU AKAN PERGI KALAU TIDAK KESYURGA ATAU NERAKA….!
Maka orang yang fana fis syeikh belum fana fir rasul belum fana fil lah,
ADALAH orang itu masih jahil dengan ALLAH dan RASULULLAH.
HANYA SYEIKH YANG BENAR YANG AKAN TERUS MEMANDU MEREKA
YANG BERHATI BENAR MENUJU MATLAMAT YANG BENAR
ALLAH S.N.T DENGAN BEKENDERAANKAN KENDERAAN YANG BENAR
IAITU SUNNAH RASULALLAH S.A.W.
Adapun ORANG FASIK walaupun akhirnya dimasukkan kesyurga tetapi ianya
terlebih dahulu dihumbankan keneraka lantaran sangat BERBANGGA DENGAN
ILMUNYA DAN AMALAN DIRINYA SERTA LUPA MEMANDANG KEPADA
RAHMAT ALLAH YANG MENJADI PUNCA SEGALA KURNIA…….LALU IA
TERHIJAB DENGAN HIJAB KEROHANIAN DARI MELIHAT KEPADA
RAHMAT DAN KURNIAAN ALLAH S.N.T.


--wallahu’aklam--



…..INI NASIHAT SUCI SHEIKH MOHAMMAD AJAIB AL BANJARI ALSAALIKI ALMAJZUBI
bertarikh jumaat 24 rejab 1430 bersamaan 17 julai 2009—alor setar,kedah.
aufaa_asrar@yahoo.com.
(peringatan: hendaklah dibaca sekurang2nya 7 kali mudah2an terbuka kefahaman yang benar)