Halaman

rempeyek ajaib... satu kelainan citarasa

rempeyek ajaib... satu kelainan citarasa
makanlah... yang suci bersih halal mendapat BERKAT

22 Mei 2010


Kalaulah.........

Kalaulah Engkau Tahu Apa Yang Aku Tahu, Nescaya Engkau Menangis Banyak Dan Sedikit Ketawa.

Kalaulah didunia ini tidak terdapat sebarang kemajuan kecuali akhlak mulia, maka tetaplah dunia akan lebih harmoni, nyaman dan makmur.......

Kalaulah umur manusia sekarang semacam umur Nabi Nuh a.s. maka kerosakan bumi akan berlaku sepuluh kali ganda dan dunia akan lebih cepat hancur atau munkin juga berlaku qiamat diluar jangka.....

Kalaulah manusia tidak semakin tua maka dunia ini akan dipenuhi kanak2 belaka......

Kalaulah orang2 tua tidak juga mati, maka dunia ini akan dipenuhi dengan kemalapan dan kemurungan serta kejemuan dan berbagai jenis penyakit yang merebak atau memualkan.

Kalaulah gigi terus panjang macam kuku atau rambut......akan adakah kedai 'gunting gigi'

Kalaulah tapak kaki pun haus macam tapak kasut.............akan adakah kedai 'tapak kaki'

Kalaulah semua manusia tak ada tangan........

Kalaulah semua manusia jutawan...... atau sebaliknya semua manusia miskin papa kedana.....

Kalaulah semut sebesar anak tikus.........dan tikus sebesar anak babi

Kalaulah planet bumi tak ada makhluk lain kecuali manusia...........

Kalaulah perdana menteri sebuah negara tak bertukar-tukar selama seratus tahun.......

Kalaulah firaun masih hidup tak akan ada piramid atau tak bergunalah piramid.......

Kalaulah maharaja cina menakluk satu dunia.........

Kalaulah matahari lebih kecil dari bumi...........

Kalaulah laut tak melekat dibumi dan bumi tak ada gunung atau bukit.............

Kalaulah hujan tak turun.........dan awan tidak ujud

Kalaulah bumi ini leper dan ada tebing ..................

Kalaulah tahi telinga atau tahi hidung busuknya macam tahi yang keluar dari lubang dubur.........

Kalaulah perempuan kencing macam lelaki...............

Kalaulah perempuan tak ada susu atau payu dara....

Kalaulah pokok tembikai macam pokok kelapa

Kalaulah pokok rumput macam pokok lalang.....

Kalaulah kerbau tak makan rumput dan ular tak makan katak..............

Kalaulah Adam tak teringinkan Hawa dan Hawa tak menurut hasutan syaitan .....

Kalaulah syaitan tak tahu menggoda.....

Kalaulah udara kena dibeli...........macam air dan api dan tanah sekarang ini...

Kalaulah laut tidak masin atau tidak ada ikan dan batu karang.....

Kalaulah jin dan malaikat nampak kelihatan seperti manusia............

Kalaulah penjahat tidak mendapat balasan celaka....

Kalaulah ulama' membisu seribu bahasa

Kalaulah undang2 persekolahan diwajibkan sehingga umur 40 tahun....

Kalaulah pelajaran dan pendidikan hanya melalui sekolah dan unibersiti semata...

Kalaulah semua pesakit hanya bergantung kepada doktor dan hospital....

Kalaulah semua simpang ada lampu isyarat merah kuning hijau....

Kalaulah semua orang yang mampu memiliki sebuah jet pribadi.....

Kalaulah ............. talak ditangan wanita

Kalaulah manusia membunuh dengan hanya satu jelingan tajam....

Kalaulah manusia tak pakai baju

Kalaulah tidak ada perkahwinan dan anak pinak.........

Kalaulah matahari terbit ikut suka dia dari timur atau barat atau utara atau selatan......

Kalaulah tak ada bulan.....

Kalaulah tak ada laut dan hutan....

Kalaulah ikan paus lebih banyak dari ikan bilis.......

Kalaulah kera dan monyet sebesar cimpazi

Kalaulah semua resepi roti canai sama saja citarasa

Kalaulah tidak ada kuman virus dan bakteria

Kalaulah ahli sains tak mati2 hingga hari qiamat

Kalaulah bayi boleh lahir kedunia tanpa placenta

Kalaulah para professor dan doktor boleh mencipta AlQuran......

Kalaulah jodoh ibu kita itu tidak ditaqdirkan Allah dengan ayah kita yang sekarang ini....

Kalaulah Nabi Muhammad s.a.w. ditaqdirkan membawa kembali bersamanya BURAQ yang ditungganginya sewaktu peristiwa ISRA’ itu.......

Kalaulah Harta tidak diwarisi dan Ilmu tidak disebarkan.....

Kalaulah lembu sebesar gajah dan kambing sebesar lembu..........

Kalaulah semua orang mesti menyambut hari jadi, hari berkhatan, hari masuk sekolah, hari belajar motosikal, hari itu dan hari ini.......

Kalaulah pokok2 dihutan dan gurun mesti disirami air setiap hari......

Kalaulah tidak ada cacing dan keridiek dan segala macam tuma dan ulat didalam bumi.....

Kalaulah bumi tidak berputar dan langit tiada malam.....

Kalaulah Allah boleh dilihat didunia ini.....


Kalaulah syaitan tidak menyelubungi hati anak adam nescaya nampak ia apa yang disebalik langit.......

16 Mei 2010

SKIM CEPAT BAHAGIA....!!!!!
CEPAT...!!! SIAPA CEPAT DIA DAPAT...!!!

MUDAH....SENANG....MENGUNTUNGKAN...... HANYA DUDUK DIRUMAH......... TAK PERLU JADI JUTAWAN TAK PERLU KEPUSAT PENGAJIAN TAK PERLU BERSILAT DAN BERSUKAN TAK PERLU PEMBANGUNAN TAK PERLU CIPATAAN CANGGIH HANYA BACA DAN FAHAMI BETUL2 DAN JANGAN SEGAN BERTANYA KEPADA PENULISNYA --MOTIVASI MEMBINA KEBAHGIAAN.....

DEMI ALLAH yang jiwaku didalam genggamannya....segala harta kekayaan dan segala pangkat kemegahan dan segala macam kesukaan dan kegembiraan akan hancur bersama jasad.Ini adalah suatu ketetapan Allah yang tidak dapat disanggah oleh JIN DAN MANUSIA.



  • 'AMALKAN HUTANG SIFAR'
  • 'ILMU MANFAAT'
  • 'BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH'
  • 'KAYA JIWA TANGAN PEMURAH'
  • 'HIDUP BERKAT DAN MENDAPAT RAHMAT'
  • 'ANAKKU ANAK YANG SOLEH'