Halaman

rempeyek ajaib... satu kelainan citarasa

rempeyek ajaib... satu kelainan citarasa
makanlah... yang suci bersih halal mendapat BERKAT

13 Mei 2010



BERGOLAK.....!
Rumahtangga Rasulullah pernah bergolak. Rumahtangga Omar al Khatab pernah bergolak. Rumahtangga sahabat2 pernah bergolak.
pergolakan rumahtangga adalah perkara biasa dalam kehidupan berkelamin walaupun pada rumahtangga Rasulullah s.a.w.
syaitan, hawanafsu, maqluk dan dunia tak pernah jemu mencari jalan meruntuhkan apa yang dinamakan sebuah rumahtangga, sebuah perkongsian hidup terutama pada kehidupan mukmin yang muslim kecuali yang telah mendapat anugrah muhsin.

Betapa ramainya wali2 allah dari dahulu hingga kehari ini yang tidak mendapat isteri yang benar2 sepadan dengan taraf kerohaniannya. Isterinya tak sedar langsung yang dirinya cuma orang biasa yang belum mendapat darjah solehah pun, cumanya sekadar kuat beribadah, bersolat berpuasa dan kuat sekali berdoa DENGAN KEPELBAGAIAN DOA sebagai senjata yang ampuh yang sudah pasti bersalutkan airmata...... mereka sangat2 bergantung dengan amalan sendiri untuk mendapatkan pertolongan Allh, sedangkan hati mereka penuh dengan hajat2 duniawiah dan ukhrowiah, bukannya bertekun membina jiwa mukmin yang tenang dan mencapai redza Ilahi.... tetapi hidup yang sentiasa sibuk dengan anak2 dan suami, makanminum dan pakaian serta penjagaan rumahtangga, perabut, perhiasan diri dan harta dunia, sedangkan kehidupan duniawi mereka sudah jauh melebihi taraf kehidupan para sahabat r.a.a....... berlipat kali ganda!!

seorang sahabat nabi s.a.w pernah pergi mengadu kepada Khalifah Omar al Khattab mengenai pergolakan rumahtangganya tetapi apabila sampai sahaja kerumah Omar, dia mendengar LEDAKAN suara isteri Omar yang nyaring dan kuat sedang meleteri Omar......
apabila Omar terlihat kpd nya, dia berkata: aku hendak mengadu apa yang engkau juga menanggungnya....! Lalu beliau pun beredar dari rumah Khalifah Omar al Khattab tanpa membuat sebarang aduan.....

punca yang utama adalah CEMBURU....! Mereka bukannya berjuang menjadi isteri solehah kepada suaminya, tetapi mereka sentiasa berkerjaya mengintip kelemahan dan kekurangan suami2 mereka dari belakang. Mereka menjadi lupa diri dan histeria apabila sahaja mereka terbau adanya orang ketiga dalam kehidupan mereka. Seolah2 orang ketiga itu syaitan yang dilaknat Allh, pada hal ianya bakal madu yang manis bagi perjuangan kerohaniannya dan menjadi pemangkin untuk dia berjalan kepada Cinta Allh,Tuhannya dan Tuhan madunya itu...... Kerjaya sebagai wanita solehah iaitu pangkat yang paling tinggi diakhirat telah diketepikan, serta merta diganti dengan kerjaya isteri CELAKA, derhaka, kuat berperasangka dan khianat kepada perjuangannya yang sebenar dan perjuangan suaminya sendiri.

walau bagaimana baik layanan suaminya yang pernah diberikan kepadanya selama bertahun2 bahkan berpuluh tahun telah dilupakan dalam masa satu hari... orang yang tidak bersyukur dengan suami adalah orang yang tidak bersyukur dengan Allah...!!!!

patutlah didalam isro' dan mikraj Nabi s.a.w., baginda melihat begitu ramainya penduduk NURAKA terdiri dari wanita2 durhaka terutama yang durhaka kepada suaminya ...!!!!


NAMUN........
Alangkah mudahnya KERJAYA seorang WANITA.....

apabila seorang wanita itu solat ia pada lima waktu, berpuasa ia pada bulan ramadzan, memelihara ia akan farajnya dan taat ia akan suaminya..... masuklah ia kedalam syurga dari pintu mana yang ia kehendaki......