Halaman

rempeyek ajaib... satu kelainan citarasa

rempeyek ajaib... satu kelainan citarasa
makanlah... yang suci bersih halal mendapat BERKAT

26 Jun 2010

Relak seketika….













BARU BEBERAPA SAAT YANG LALU SAYA ….
….. dilahirkan kedunia. Untuk beberapa saat seterusnya saya akan berkelana di satu sudut kecil dibumi yang kerdil ini dibawah pemantauan Allah Tuhan saya dan Tuhan anda. Pengembaraan dan perjalanan saya dibumi ini agaknya sudah hampir sekali dengan penghujungnya. Beberapa saat lagi saya akan pergi dari sini dengan kehendak Allah Tuhanku dan Tuhan anda… kedalam 'alam seterusnya di'alam disebalik tabir ilmu manusia, yang bernama 'alam qubur.


Saya diberitahu oleh utusan Allah bahawa waktu saya dibumi ini seumpama atau seolah2nya dirasakan hanya satu atau separuh hari jika hendak dibandingkan dengan waktu yang akan saya hadapi di'alam selepas ini. Ianya bukanlah satu ribu tahun atau satu juta tahun atau juga satu ribu juta tahun, tetapi ianya tidak akan berakhir lagi sepertimana angan2 semua manusia yang pernah mengecap kebahgiaan sementara diatas bumi ini, untuk terus kekal selama2nya hingga terlalai dan terlupa ianya hanya sementara jua….


Sebelum ini saya pernah beberapa saat mengecap hidup di'alam rahim ibu dari setitis air hingga membesar lebih kurang sebesar betis manusia normal. Membesar melalui saluran makanan yang tersedia didalam uri/placenta yang tumbuh bersama saya dirahim ibu itu.


Sebelum berada di'alam rahim ibu ini, saya diberitahu yang saya itu adalah roh semata-mata tanpa jasad, yang hidup di'alam roh didalam pentadbiran Allah Tuhan saya dan Tuhan anda. Apabila sahaja tersedia jasad saya didalam rahim ibu melalui satu proses yang unik dan perjuangan yang hebat, maka 'roh' saya tadi ditiupkan Allah kedalam jasad ini supaya saya bersedia untuk nanti keluar dari rahim dan hidup di'alam dunia diatas bumi yang kecil lagi sementara ini.

Nampaknya ini adalah perpindahan saya yang kedua iaitu kedalam 'alam dunia untuk bersandiwara buat beberapa ketika. Selepas ini tentulah saya akan berpindah lagi dan ianya ke'alam qubur  yang mana disini waktu saya didalamnya ditentukan oleh buruk atau baiknya amalan saya didunia. Jika baik maka terasa sebentar jua jika sebaliknya buruk amalan yang dibawa maka terasa lama tersangatlah lama dan terseksa menunggu disana.  



Selepas tempoh menunggu di 'alam qubur selesai,  saya dibawa pula ke'alam mahsyar [ iaitu ke padang mahsyar – sebuah padang yang amat luas menghimpunkan semua orang dari kejadian manusia pertama iaitu Adam hingga lah kehari qiamat dimana bumi berakhir dengan kehancuran yang begitu dahsyat] . Manusia berhimpun disini dalam keadaan tidak berpakaian, untuk dihisab atau dihitung segala apa perbuatan dan amalan nya semasa diatas bumi. Cuaca yang teramat panas dimahsyar ini hanyalah dapat didinginkan oleh amalan baik ketika dibumi tadi......


Dan akhirnya setelah ditimbang segala amalan saya diatas bumi tadi dan di'adili oleh Allah dengan halusi dan saksama, saya akan menerima kitab catatan dan seterusnya berjalan melalui satu jambatan rerambut yang halus yang terbentang diatas api nuraka untuk memasuki syurga yang menjadi tempat terakhir saya buat masa yang tidak akan berakhir lagi…….. 

Itulah angan2 dan cita2 hidup saya agar dapat hidup bahagia didalam syurga dan setiap hari dapat pula melihat WAJAH TUHAN SAYA…. ALLAH SUBHANAHUATAALA…. saya berdoa dan berharap agar Allah mengizinkan semua anak isteri, ibubapa dan keluarga saya juga bersama2 saya didalam syurga.  Saya bermohon supaya pejalanan saya melintasi jambatan 'siratul-mutaqiem' yang halus diatas api nuraka yang amat besar dan luas lagi teramat panas itu akan berakhir dengan selamatnya.....Amien Yarabbal 'Alamien.

Tiada ulasan: