Halaman

rempeyek ajaib... satu kelainan citarasa

rempeyek ajaib... satu kelainan citarasa
makanlah... yang suci bersih halal mendapat BERKAT

22 Jun 2010

Mencari ma’ana hidup...


Renungan.... renungan .....renungan
 bermanfaat......


guru tariqat dipattani [1978]:
alhamdulillhi 'ala ni'amatil islami wal iiman
wahuma min ni'amatin ni'am
wakafa bihima minan ni'mah

guru tariqat dalam kitab durrun-nafis [dirujuk 1980]:
maalaa 'ainun ra'at
walaa uzunun sami'at
walaa qatoro 'ala qalbin-basyar

guru tariqat dikedah [1984]:
ana 'inddazzanni 'abdiebih
wa ana ma'ahu iza zakaroni
man tholabani bi haqqin wajadani

rasulullah bersabda kepada bilal [lebih 1400th lalu]:
celakalah mereka yang membaca ayat dibawah tetapi tidak mengambil iktibar:
pada kejadian langit dan bumi
dan pertukaran malam dan siang
laaayaatil li ulil albab
menjadi tanda bagi mereka yang merenungnya

uais alqarni berkata kepada haram alhaiban aku membacakan ayat utk mu [lebih 1400th lalu]:
pada kejadian langit dan bumi
dan pertukaran malam dan siang
laaayaatil li ulil albab
menjadi tanda bagi mereka yang merenungnya

maksud:

gurutariqat pattani 1978:
segala puji bagi Allah diatas niaamat Islam dan Iman
kedua-duanya adalah setinggi-tinggi niaamat
memadai dengan kedua-duanya sahaja sebagai niaamat

gurutariqat dalam kitab durrun-nafis:
apa yang tak pernah dipandang mata
dan tak pernah didengar telinga
dan tak pernah terlintas dimatahati  segala manusia...
[Itulah balasan syurga dari Allah Maha Perkasa]

gurutariqat kedah 1984:
[hadis qudsi] Allah berfirman:
aku disisi sangka hambaku
dan aku bersamanya bila dia mengingatku
siapa yang menuntut aku dengan benar
dia mendapat - ku.....


Rasulullah s.a.w. terlewat solat disuatu subuh kerana menerima ayat berkenaan dari Jibril a.s. Bilal r.a. yang menyusuli Rasulullah mendapati Rasulullah sedang menangis hingga basah baju dan Rasulullah mengkhabarkan kepada Bilal...........


Uais Alqarni adalah sahabat Rasulullah s.a.w. yang ghaib, tak pernah bertemu dengan Rasulullah kerana memelihara ibunya yang uzur di Qarn, Yaman. Ketika Khalifah Omar AlKhatab r.a. mencarinya diatas arahan Rasulullah semasa hayat Rasulullah, Haram bin Haiban yang mengetahui demikian lantas pergi bertemu Uais di Yaman dan meminta Uais membaca sepotong hadis, lalu Uais membacakan ayat ini...................

Tiada ulasan: